PROFIL SKKA



 LENCANA SK KUALA ABANG

KOD SEKOLAH : TBA1011
ALAMAT SEKOLAH : SK KUALA ABANG, 23050 DUNGUN, TERENGGANU
NO. TELEFON : 09-8454435
JENIS SEKOLAH : SK HARIAN
GRED SEKOLAH : B


VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"


MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Matlamat Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia:

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia


Objektif
Objektif yang digariskan oleh sekolah ialah :
  1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera
  3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
  4. Memberikan peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Fokus Wawasan Sekolah
A. KURIKULUM UPSR / PKBS
-     Meningkatkan Bilangan 6A (UPSR)
-     Peningkatan Kuantiti dan Kualiti
-     Penguasaan 3M
-     Pelaksanaan j-QAF
B. KOKURIKULUM
-     Menyertai Semua Pertandingan Daerah / PKG
-     Penglibatan Semua Pelajar
-     Sukan Tahunan
-     Kegiatan Pasukan Pelapis
C. SAHSIAH
  • Membentuk Pelajar Disiplin
  • Akhlak Mulia
  • Budaya Ilmu / Budaya Cemerlang
  • Budaya Membaca
D. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
-     Kepimpinan Melalui Teladan
-     Pentadbiran Cekap / Efektif
-     Pengurusan Kewangan Cekap
-     Iklim Sekolah Sihat / Ceria


Falsafah dan Nilai
Falsafah   dan   nilai   SK   Kuala Abang menggunakan   standard   Falsafah   Pendidikan Kebangsaan.  Falsafah   Pendidikan   Kebangsaan   adalah   satu   dokumen   rasmi   yang menggariskan   hasrat  Kerajaan   terhadap   sistem   pendidikan   Negara   serta   matlamat pendidikan dengan jelas untuk kepentingan pendidikan negara, kaum pendidik serta murid-murid. Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan dan  bukan hanya  satu  impian  sahaja.  Sebagai   rakyat Malaysia, kita haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia merupakan tanggungjawab  warga pendidikan.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara



Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan SK Kuala Abang, Dungun merupakan satu pernyataan ringkas mengenai komitmen sekolah ini yang amat jelas. Piagam pelanggan sekolah  ini juga merupakan satu ikrar yang membayangkan komitmen terhadap semua pelanggan sebagaimana berikut:

 1- Sentiasa berfikir dan bertindak ke atas kepentingan seluruh murid tanpa had.

2- Memberi kerjasama dan berkomunikasi secara adil terhadap semua ibubapa dan penjaga murid dalam usaha memartabatkan kualiti pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Abang.

3-Berinteraksi secara aman, jujur, telus dan berhemah dengan rakan sepasukan dan komuniti setempat demi meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid


Lencana Sekolah



Maksud warna dan lambang dalam lencana sekolah menunjukkan ilmu pengetahuan yang tidak pernah padam, suci dan bersih, taat kepada raja, agama, dan negara, perpaduan, keberanian dan kecekalan, dan emangat cintakan sekolah yang tinggi.


Bendera Sekolah






Warna merah melambangkan kegigihan dan keberanian. Warna kuning melambangkan keharmonian serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Warna biru melambangkan kesatuan dan perpaduan.



Lagu

Lagu : SKKA TERCINTA

Sekolahku SKKA tercinta
Di sini kami dididik dibela
Menyahut cabaran menyahut wawasan
Bina insan cemerlang dan berjaya


Dengan impian dan cita-cita
Kami belajar dan berusaha
Doa juga restu ayah serta bonda
Mendidik kami setiap masa


Sekolahku SKKA tercinta
Membina insan teguh jiwanya
Semangat kental tempuh gelombang


Generasiku wawasan setia

Sekolahku SKKA tercinta
Menjadi harapan masa hadapan
Budaya membaca menjadi amalan
Guru membimbing murid yang cemerlang

No comments:

Post a Comment